MELAKA: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Datuk Dollah Salleh, meluahkan kekecewaan terhadap kelemahan benteng pertahanan pasukannya selepas tewas 2-3 kepada Melaka FC (MFC) dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Walaupun berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya, Dollah mengakui kesilapan mudah di bahagian pertahanan menjadi faktor utama yang membuka ruang kepada MFC untuk meraih kemenangan.
Menurutnya, KL City memberikan saingan sengit dan berjaya menekan lawan, namun kegagalan pemain membuat keputusan tepat ketika berada dalam tekanan akhirnya mengundang padah.
"Dari segi corak permainan, saya memang berpuas hati. Cuma kita melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, khususnya di bahagian pertahanan.








