SHAH ALAM - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam, khususnya berkaitan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan fizikal.Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih berada paras tidak sihat sejak akhir-akhir ini, orang ramai disaran mengambil pelbagai langkah perlindungan antaranya memakai pelitup muka N95 terutama ketika berada di luar bangunan atau sewaktu melakukan aktiviti fizikal.Tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-ratanya sudah mula merasakan perbezaan apabila kerap mengalami gejala demam, tekak kering, batuk berpanjangan dan kegatalan kulit seluruh badan susulan jerebu.Eksekutif pemasaran, Nur Shafiqa Farhana Shahrin Niza, 29, berkata, pemakaian pelitup muka buat masa sekarang memang digalakkan, cuma terdapat beberapa faktor penghalang misalnya ketidakselesaan dan kesukaran untuk bernafas."Sebenarnya soal pelitup muka ini bukannya saya tak mahu pakai. Bila pakai, saya rasa sesak nafas dan kurang selesa. Kulit muka saya pun semakin teruk."Tapi bila lihat keadaan jerebu yang semakin buruk walaupun setiap hari hujan, saya rasa pemakaian pelitup muka penting sebagai langkah perlindungan walaupun kebanyakan masa saya berada di dalam bangunan."Saya rindukan Malaysia yang udaranya bersih dan sihat. Sekarang kalau nak keluar bersukan pun takut kerana risaukan kesan jerebu terhadap kesihatan saya serta keluarga," katanya.Bagaimanapun pelajar, Nor Didi Natasha Sawi, 24, berpandangan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memakai pelitup muka ketika jerebu dilihat masih kurang berbanding semasa negara menghadapi musibah yang sama sebelum ini.Katanya, segelintir masyarakat mungkin menganggap jerebu tidak begitu serius kerana keadaan itu tidak seteruk pandemik Covid-19 dan dijangka berlaku untuk tempoh singkat sahaja."Dahulu walaupun jerebu tak seteruk mana, sekolah ditutup dan rakyat dinasihatkan memakai face mask. Ada juga yang tidak berani keluar rumah."Sekarang jerebu memang semakin teruk, tak ramai pula yang pakai pelitup muka mungkin kerana tak selesa. Tetapi, tidak dinafikan ramai yang marah dengan isu pembakaran hutan dari negara jiran," ujarnya.Dia secara peribadi merasakan faktor harga dan ketersediaan pelitup muka yang sesuai turut mempengaruhi keputusan orang ramai untuk memakainya."Rakyat Malaysia juga mungkin sudah serik kerana perlu memakai pelitup muka setiap masa sehingga merasa tidak selesa. Selagi belum menjejaskan kesihatan, mereka fikir semuanya baik-baik sahaja."Beberapa kawan saya yang imun tubuh kuat pun tiba-tiba alami batuk dan demam akibat menyedut partikel halus disebabkan jerebu."Saya harap rakyat Malaysia sentiasa menjaga diri dan memakai face mask setiap kali keluar. Semoga kita semua dapat melalui situasi ini sebaik mungkin," katanya.Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Riduan Abdul Hamid, 44, berpendapat bahawa selain memakai pelitup muka dan mengelak daripada melakukan aktiviti di luar bangunan, majikan perlu membenarkan amalan bekerja dari rumah (WFH
Jerebu membimbangkan, tapi tak selesa pula pakai pelitup muka

Key takeaways
Jerebu menyebabkan kebimbangan dan gejala kesihatan, tetapi ramai tidak selesa memakai pelitup muka.
- Indeks Pencemaran Udara masih tidak sihat dan menggalakkan penggunaan pelitup muka N95.
- Ramai mengalami gejala seperti batuk dan kulit gatal akibat jerebu.
- Pemakaian pelitup muka dianggap penting tetapi menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran bernafas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Sinar Harian Jerebu membimbangkan, tapi tak selesa pula pakai pelitup muka (this story)








