KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh keupayaan organisasi mengurus krisis dan melindungi reputasi menerusi penganjuran Simposium Strategik Pengurusan Krisis dan Media (SiSMED) 2.0 yang menghimpunkan 120 peserta di Hotel Seri Pacific di sini.Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pengurusan krisis memerlukan kepimpinan strategik, komunikasi berkesan serta keupayaan bertindak pantas bagi memastikan reputasi organisasi terus terpelihara ketika berhadapan situasi mencabar.Menurutnya, kesiapsiagaan menghadapi krisis perlu dibina lebih awal menerusi perancangan komunikasi, penyelarasan maklumat dan penyampaian fakta yang tepat, bukannya hanya bertindak selepas sesuatu isu tercetus."Krisis bukan sekadar cabaran kepada organisasi, tetapi juga peluang untuk membina kekuatan baharu melalui kepimpinan yang berwawasan, komunikasi berintegriti dan pendekatan yang mengutamakan kepentingan manusia," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas penganjuran SiSMED 2.0 selama tiga hari bermula 16 Oktober hingga Ahad, yang memberi tumpuan kepada strategi pengurusan krisis, pembinaan naratif, perlindungan reputasi serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam komunikasi korporat.Md Amin turut menyampaikan slot bertajuk Kepimpinan dan Ketahanan Reputasi: Memimpin Krisis, Melindungi Reputasi yang menekankan kepentingan kepimpinan berkesan dan strategi membina ketahanan organisasi ketika berhadapan krisis.Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Dr Mohd Izwan Shahril berkata, pengurusan komunikasi krisis memerlukan perancangan rapi dan kerjasama erat antara organisasi dengan pengamal media bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat serta tidak menimbulkan kekeliruan."Organisasi perlu bersedia menghadapi krisis sebelum sesuatu isu tercetus. Keupayaan menyampaikan maklumat dengan pantas, tepat dan berintegriti amat penting untuk mengurus persepsi awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap organisasi," katanya.Beliau berkata, perkembangan teknologi digital dan penyebaran maklumat yang pantas menuntut pengamal komunikasi korporat meningkatkan kemahiran serta menguasai pendekatan baharu dalam menangani isu yang berpotensi menjejaskan reputasi organisasi.Menurutnya, penggunaan AI dalam komunikasi korporat turut membuka ruang kepada pengurusan maklumat yang lebih sistematik, namun pelaksanaannya perlu bertanggungjawab dengan mengutamakan ketepatan fakta dan pertimbangan manusia.SiSMED 2.0 menampilkan enam slot utama yang merangkumi pelbagai aspek pengurusan krisis dan komunikasi media, termasuk perancangan hebahan, pengurusan persepsi awam serta strategi melindungi reputasi organisasi.Program itu turut menganjurkan Malam Pesona Media sebagai platform memperkukuh jaringan strategik dan hubungan profesional antara UPSI dengan pengamal media.
SiSMED 2.0 perkukuh pengurusan krisis, lindungi reputasi organisasi

Key takeaways
UPSI mengadakan SiSMED 2.0 untuk memperkukuh pengurusan krisis dan melindungi reputasi organisasi.
- Simposium ini menyediakan strategi pengurusan krisis dan komunikasi berkesan.
- Kepimpinan strategik dan komunikasi integriti penting untuk mempertahankan reputasi.
- Penggunaan AI dalam komunikasi korporat menjadi tumpuan utama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








