KUALA SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai melanggar belakang sebuah lori tiga tan dalam kemalangan di Tali Air 10, Pasir Panjang, di sini pada Ahad.Dalam kejadian itu, mangsa berusia 23 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Honda City sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.31 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan tiba di lokasi tujuh minit kemudian."Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang melanggar belakang sebuah lori tiga tan."Seorang lelaki berusia 23 tahun yang tersepit di bahagian pemandu kereta berjaya dikeluarkan anggota bomba pada jam 1.54 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.Dalam pada itu, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 30 dan 32 tahun mengalami kecederaan ringan."Kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut."Operasi ini melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya.
Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 23 tahun maut selepas keretanya melanggar belakang lori tiga tan di Kuala Selangor.
- Kemalangan berlaku di Tali Air 10, Pasir Panjang pada jam 1.31 pagi.
- Lelaki itu tersepit di dalam kereta Honda City dan dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 1.54 pagi.
- Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori
- Berita Harian Lelaki maut Myvi rempuh belakang lori kontena
- Berita Harian Wanita maut tersepit, kereta rempuh belakang lori
- Sinar Harian Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori (this story)









