MIRI: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang lori membawa muatan batu di Jalan Pan Borneo, Niah, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Kimberly Clarissa Reene Anding, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7 pagi sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi.
Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 7.42 pagi dan mendapati sebuah Toyota Camry Hybrid berada di lorong kanan jalan dari arah Bintulu menghala ke Miri.








