REMBAU – Seorang pemandu lori berusia 31 tahun maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 231.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa seorang lelaki yang memandu lori jenis Scania R450 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori jenis Volvo FL10 yang membawa muatan batu bata dalam perjalanan dari Jasin, Melaka ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian ketika melalui laluan mendaki, lori berkenaan dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh lori Scania yang datang dari arah sama.