WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mendakwa kumpulan Houthi di Yemen sengaja cuba memacu peningkatan harga tenaga global ketika pilihan raya separuh penggal AS semakin hampir.

Trump turut memberi amaran tegas bahawa beliau ‘tidak akan sesekali melupakan’ siri serangan yang dilancarkan kumpulan itu ke atas Arab Saudi.

Perang saudara di Yemen yang menyaksikan pakatan tentera pimpinan Arab Saudi menyokong kerajaan Yemen menentang pemberontak Houthi, kembali meletus pada Julai lalu.

Perkembangan ini berlaku beberapa bulan selepas konflik Asia Barat yang lebih luas menggoncang pasaran tenaga antarabangsa dan me