NEGARA sekali lagi digemparkan dengan tragedi melibatkan kematian seorang pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan tidak bernyawa di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober lalu.

Kejadian tragis ini mendapat perhatian seluruh masyarakat, termasuk ada yang memberi maklum balas bersimpati kepada mangsa dan keluarga selain berharap keadilan kepada remaja perempuan tersebut.

Dalam keghairahan pengguna media sosial berkongsi maklumat tragedi, ada segelintir pengguna media sosial tidak terlepas menyebarkan dakwaan yang belum disahkan kesahihannya.

Perkara sebegini sememangnya acapkali berlaku pada setiap kali sesuatu berit