KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa yang ditampilkan pada Konsert Tradisional Gema Bumantara, malam tadi.Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan produksi atas kejayaan konsert berkenaan."Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara."Walaupun hujan, semua yang hadir tetap setia hingga ke penghujung persembahan, hebat Datuk Seri Siti, hebat juga semangat peminatnya. Tahniah kepada Datuk Seri Siti dan seluruh pasukan produksi atas persembahan yang cukup istimewa dan penuh jiwa," kata beliau.Perdana Menteri berkata beliau percaya seni dan budaya amat dekat di hati rakyat dan mahu warisan tersebut terus dihidupkan agar turut dinikmati dan dicintai generasi muda."Negara terus kita pacu maju, akar budaya dan jati diri bangsa tetap kita pelihara," kata beliau.Konsert Tradisional Gema Bumantara anjuran SN Legacy yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berjaya menarik kehadiran 63,000 penonton walaupun berlangsung dalam suasana hujan. - Bernama
'Tahniah kepada Siti Nurhaliza atas persembahan yang cukup istimewa' - PM

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tahniah kepada Siti Nurhaliza atas persembahan istimewa dalam konsert Gema Bumantara.
- Anwar mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza dan pasukan produksi.
- Persembahan itu dianggap penuh jiwa dan mengangkat warisan seni Nusantara.
- Anwar menekankan pentingnya menjaga budaya dan jati diri bangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PAS kini terajui Kampung Baru Cina, DAP ‘ucapkan tahniah’ kepada MCA
- Sinar Harian 'Tahniah kepada Siti Nurhaliza atas persembahan yang cukup istimewa' - PM (this story)








