PONTIAN – Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak terlalu yakin mampu meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya perlu terus mempergiatkan usaha mendapatkan sokongan pengundi.Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera parti perlu berwaspada terhadap usaha pihak lawan membentuk persepsi negatif terhadap UMNO, khususnya dalam kalangan pengundi muda.Menurutnya, persepsi berkenaan perlu ditangani menerusi penjelasan berkesan supaya pengundi tidak mudah terpengaruh dengan gambaran negatif yang dilemparkan terhadap parti itu."Kita khuatir jika penjelasan tidak diberikan dan kita hanya bersikap defensif, orang muda akan termakan dengan usaha melabel UMNO sebagai sebuah parti yang negatif."Jadi, saya berharap kepimpinan di Melaka tidak terlalu yakin," katanya pada program Jalinan Kasih Sekampung di Kampung Parit Kahar, dekat sini pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming bahawa BN berpotensi memenangi antara 24 hingga 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka akan datang.Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO berkata, beliau sudah 14 kali turun ke Melaka bagi membantu persiapan parti, termasuk mengadakan program bersama masyarakat dan mengunjungi penduduk dari rumah ke rumah.Katanya, usaha itu mencerminkan komitmennya membantu jentera BN di negeri berkenaan, selain berharap kerjasama menerusi negeri-negeri angkat dapat digerakkan dengan segera.Beliau menegaskan, ramalan positif berhubung peluang BN tidak seharusnya menyebabkan jentera parti berasa selesa, sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi menghadapi persaingan dalam PRN berkenaan.Sebelum itu ada Sabtu, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan 28 Oktober ini sebagai hari pengumuman calon gabungan parti itu.
Ramalan menang besar PRN Melaka: BN diingatkan jangan terlalu yakin - Ahmad Maslan

Key takeaways
Ahmad Maslan mengingatkan BN agar tidak terlalu yakin dalam PRN Melaka dan perlu meningkatkan usaha mendapatkan sokongan pengundi.
- Ahmad Maslan menasihati BN agar tidak terlalu yakin dalam PRN Melaka.
- Jentera parti perlu waspada terhadap persepsi negatif terhadap UMNO.
- BN memenangi 21 kerusi DUN dalam PRN 2021.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif – Hadi Awang
- Utusan Malaysia MIC yakin BN menang majoriti dua pertiga PRN Melaka
- Sinar Harian Ramalan menang besar PRN Melaka: BN diingatkan jangan terlalu yakin - Ahmad Maslan (this story)








