PETALING JAYA: Serbuan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Nakhoda dan Kampung Laksmana semalam tidak melibatkan Masjid Kampung Nakhoda yang berada di lokasi berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan yang dilaksanakan itu membabitkan dua premis yang dijadikan pusat keagamaan oleh warga asing.

Katanya, terdapat dua premis diperiksa iaitu sebuah masjid dan premis bangunan di lokasi terbabit.

“Masjid tersebut diperiksa bagi mengenal pasti sekiranya terdapat warga asing tidak mempunyai dokumen atau pas. Premis itu telah dijadikan tempat keagamaan atau tempat ibadah oleh warga asing tanpa kebenaran pihak berkuasa.