PETALING JAYA – Sanggup berhabis RM7,000 demi watak, pelakon Nabila Huda kecewa apabila drama bersiri Cela masih belum kembali ditayangkan di Malaysia selepas dihentikan pada September lalu atas alasan mengundang kontroversi.

Nabila atau nama lengkapnya, Nabila Huda Suhaimi, 41, berkata, naskhah yang mengangkat isu grooming, manipulasi dan trauma itu bukan bertujuan menormalisasikan perbuatan salah, sebaliknya mengajak masyarakat lebih peka terhadap keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak.

“Kadangkala, perkara yang membuatkan kita tidak selesa bukan ker