PETALING JAYA – Orang ramai berkongsi kelebihan apabila berkahwin dengan keluarga pendidik, yang mana pasangan itu bakal menerima banyak hadiah perkahwinan daripada tetamu dalam kalangan golongan itu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread Amierulzaqwan, dia memuat naik gambar hadiah perkahwinan dalam jumlah yang banyak memenuhi hadapan sebuah pelamin.
“Kelebihan bila mak ayah cikgu, isteri cikgu, suami cikgu, mentua pun cikgu,” kata Amierulzaqwan pada kapsyen gambar tersebut.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama dalam kalangan keluarga pendidik yang turut berkongsi gambar hadiah diterima pa










