SEREMBAN – Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup esok, susulan pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menerusi kenyataan memaklumkan bahawa sepanjang tempoh penutupan, semua murid termasuk yang berada di asrama akan mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kesinambungan pembelajaran, selaras dengan kenyataan KPM.

“Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE