KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pengurangan kadar kompaun trafik di sekitar ibu negara bagi meringankan beban kewangan pemilik kenderaan yang berhasrat mahu membersihkan rekod kesalahan lalu lintas.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar RM5 dikenakan bagi setiap kompaun dikeluarkan sebelum tahun 2021, manakala kompaun direkodkan selepas tahun 2021, tawaran pengurangan ditetapkan sebanyak RM10.
Terdapat empat kaedah pembayaran disediakan iaitu menerusi kaunter bayaran DBKL, kaunter Pos Malaysia, aplikasi PAY@KL dan portal PBTPay:https://pbtpay.kpky.gov.my.
The post Kompaun trafik DBKL serendah RM5 sahaja appeared first on Kosmo Online.










