KUALA NERUS – Persepsi masih negatif segelintir masyarakat terhadap lelaki yang memilih kerjaya jururawat bukan penghalang buat lima sahabat membuktikan jantina tidak ditentukan kebolehan menjaga pesakit.
Ahmad Atiff Khairul Azmin, Haiman Hakimie Fisol, Ahmad Firdaus Mohd. Noh, Mohammad Aiman Jasni dan Muhammad Saifullah Jazli Supian menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan pada majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-18, hari ini.
Haiman Hakimie, 23, berkata, kejayaan itu amat bermakna apabila dia berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pengajian termasuk tanggapan segelintir masyarakat yang menganggap bidang kejururawatan lebih sesuai diceburi wanita.










