PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Baginda, pada sesi mengadap Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Datuk Seri Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 9 September lalu.