Makkah: Perkhidmatan digital di Masjidil Haram membolehkan pengunjung memantau kepadatan orang ramai di kawasan tawaf dan sa'i menerusi paparan langsung, kemas kini masa nyata serta petunjuk yang menyerlahkan waktu kurang sesak bagi memudah cara pergerakan serta ibadah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Peta interaktif Dua Masjid Suci membolehkan jemaah meneroka mercu tanda, kemudahan, lokasi dan laluan utama, sekali gus meningkatkan navigasi serta pengalaman keseluruhan pengunjung.
Peta berkenaan menampilkan kira-kira 950 titik tumpuan, merangkumi Kaabah, Makam Nabi Ibrahim, Safa dan Marwa, Raudhah, Kamar Nabi, mihrab serta Mimbar Nabi.
Platform itu menyediakan lebih 100,000 potensi laluan yang dikategorikan kepada lebih 17 jenis berbeza, selain mengandungi lebih 650 kod respons pantas (QR) bagi membolehkan maklumat dicapai dengan mudah.






