Kuala Lumpur: Duta Besar Malaysia ke Itali Datuk Shahabudeen Adam Shah menzahirkan rasa optimis berhubung masa depan hubungan bilateral Malaysia-Itali ketika kedua-dua negara menghampiri ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada 2027.
Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis resepsi di Rom pada 9 Okt sempena memperingati Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, serta Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-93, beliau menekankan potensi untuk memperdalam kerjasama dalam sektor utama merangkumi perdagangan dan pelaburan, tenaga serta pertahanan.
"(Beliau juga) menegaskan hubungan bilateral yang terjalin lama dan kukuh antara Malaysia dan Itali, sambil menyorot momentum baharu dalam kerjasama dua hala susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rom pada Julai 2025," kata Kedutaan Besar Malaysia di Rom dalam satu kenyataan kepada Bernama.








