KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun perkukuh hubungan pertahanan dan memperluas kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, sempena lawatan kerja Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Lawatan kerja empat hari bermula hari ini hingga Rabu, berlandaskan Perkongsian Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara.

dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Pertahanan, Shinjiro Koizumi dan Menteri Luar, Toshimitsu Motegi, serta menghadiri majlis menandatangani dokumen bantuan geran di bawah program Official Security Assistance (OSA) Kerajaan Jepun.

Lawatan turut membabitkan pertemuan bersama Acquisition, Technology & Logistics Agency (ATLA) serta lawatan ke syarikat pertahanan Jepun, Toshiba.