KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat jurulatih berkelas 'A' dari Jepun, Hajime Moriyasu, mengemudi skuad Harimau Malaya mungkin hanya tinggal angan-angan apabila pengendali berusia 58 tahun itu dilaporkan lebih berminat meneroka cabaran di Eropah selepas kontraknya bersama skuad Samurai Biru berakhir tahun depan.
Laporan media Jepun, Nikkan Gendai, menafikan spekulasi yang mengaitkan Moriyasu dengan Malaysia, sebaliknya mendedahkan hasrat jurulatih itu untuk merealisasikan impian mengendalikan kelab di benua Eropah.
Perkembangan itu pastinya merencatkan harapan penyokong bola sepak tempatan yang sebelum ini melihat nama Moriyasu sebagai calon berprofil tinggi untuk membimbing Harimau Malaya, menggantikan Peter Cklamovski yang meninggalkan pasukan pada pertengahan tahun ini.









