Tumpat: Pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Negeri Sembilan, Khamis lepas, disifatkan sebagai seorang yang rajin dan komited terhadap tugas.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang baru menyertai agensi itu 1 Julai lepas selepas bertukar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang berkhidmat.
"Allahyarham kerap melakukan kerja lebih masa. Beliau seorang pegawai yang sangat bagus, rajin dan komited dengan kerja," katanya ditemui pemberita di kediaman keluarga Norhazwani di Kampung Banjir, Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, di sini malam tadi.









