TUMPAT: Suasana pilu menyambut ketibaan jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Allahyarham Norhazwani Ibrahim, di kampung halamannya di Kampung Banjir, Telaga Lanas, dekat sini.
Jenazah Norhazwani yang dipercayai dibunuh suaminya di rumah di Nilai, Khamis lalu, daibawa dari Masjid Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan dan tiba kira-kira jam tiba jam 1 pagi hari ini.
Sebaik jenazah tiba di pekarangan rumah, kedengaran suara tangisan ahli keluarga, malah ada yang hampir pitam tidak dapat menahan kesedihan.
Sebelum jenazah disembahyangkan, ahli keluarga diberi peluang menatap wajah jenazah buat kali terakhir, bagaimanapun dua anak perempuannya berusia lima dan enam tahun tidak berkesempatan berbuat demikian kerana jenazah tiba lewat.






