Tumpat: Suasana pilu menyambut ketibaan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Allahyarham Norhazwani Ibrahim yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di Nilai, Khamis lalu.
Jenazah Norhazwani tiba di kampung halamannya di Kampung Banjir, Telaga Lanas jam 1 pagi selepas bertolak dari Masjid Kuarters KLIA di Nilai, Negeri Sembilan.
Sebaik jenazah tiba di perkarangan rumah, kedengaran suara tangisan ahli keluarga, malah ada yang hampir pitam tidak dapat menahan kesedihan.
Sebelum disolatkan, ahli keluarga berpeluang menatap wajah jenazah buat kali terakhir, bagaimanapun dua anak perempuannya berusia lima dan enam tahun tidak berkesempatan berbuat demikian kerana jenazah tiba lewat.








