Paris: Ousmane Dembele bangkit menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti apabila menjaringkan gol dan mencipta bantuan jaringan untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) bangkit menewaskan Strasbourg 3-1, sekali gus merampas kedudukan teratas Ligue 1, awal pagi tadi.

PSG terlebih dahulu ketinggalan selepas bintang Amerika Syarikat, Giovanni Reyna meletakkan Strasbourg di depan pada minit ke-17 di Stade de la Meinau.

Pemenang Ballon d'Or tahun lalu, Dembele yang memulakan perlawanan di bangku simpanan, berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-72, namun sepakannya tersasar.

Bagaimanapun, pemain itu segera menebus kesilapan apabila membantu pertahanan Ukraine, Illia Zabarnyi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-78, sebelum meledak gol untuk meletakkan PSG di depan dengan baki lima minit permainan.