NEW DELHI: Remaja perempuan maut, manakala 25 pelajar cedera selepas tiang lampu tumbang ketika berlangsungnya acara "Dandiya" di kolej di Telangana, selatan India, pada malam tadi, menurut polis tempatan.
Insiden itu berlaku di MVSR Engineering College di daerah Ranga Reddy.
Acara Dandiya diadakan di bandar utama India dengan peserta menari hingga ke malam.
Dandiya adalah perhimpunan perayaan yang menampilkan tarian rakyat tradisional Dandiya Raas dari Gujarat di barat India.










