Jitra: Seramai 26 penduduk membabitkan lapan keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir yang melanda Mukim Temin, di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS Dewan Lembah Keriang dibuka pada 11 malam semalam bagi menempatkan mereka yang terjejas.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dikemas kini pagi ini, penduduk yang ditempatkan di PPS terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, sembilan wanita, sembilan kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.

"Seorang daripada mangsa yang dipindahkan adalah orang kurang upaya (OKU). Dua kampung yang terjejas adalah Kampung Tradisi dan Kampung Baru manakala trend banjir di daerah ini masih meningkat walaupun keadaan cuaca semasa dilaporkan tidak hujan," katanya dalam kenyataan hari ini.