Hulu Terengganu: Seorang wanita direman empat hari bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Taman Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, di sini, Jumaat lalu.
Perintah reman terhadap wanita berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang bermula hari ini hingga sehingga 21 Oktober depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata wanita itu ditahan jam 3.30 petang semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang atau menyembunyikan mayat secara sulit, sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan," katanya.









