KUALA BERANG - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi tanpa kepala di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge dekat sini petang semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, suspek, yang berumur 23 tahun, ditahan pada jam 3.30 petang di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, penahanan itu telah mendedahkan kelahiran dan penglibatan suspek dalam kes berkenaan sekali gus membolehkan penyelesaian kes dalam tempoh 24 jam."Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah pagi tadi mendapati mayat bayi adalah cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam dari masa diperiksa, iaitu jam 9 pagi."Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat dipastikan sama ada lahir hidup atau mati, begitu juga sebab kematian... jantina bayi juga tidak dipastikan," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.Bernama semalam melaporkan seorang wanita menjumpai mayat seorang bayi tanpa beberapa anggota badan di dalam longkang ketika membasuh pakaian di belakang rumah di kawasan perumahan Padang Setengge, Kuala Berang. - Bernama
Mayat bayi tanpa kepala: Polis tahan seorang wanita

Key takeaways
Polis menahan seorang wanita berumur 23 tahun dalam kaitan dengan penemuan mayat bayi tanpa kepala di longkang.
- Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
- Mayat bayi ditemui cukup bulan dan mati lebih daripada 24 jam.
- Jantina dan sebab kematian bayi masih tidak dapat dipastikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Updated
- October 17, 2026 at 11:52 PM UTC
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mayat bayi tanpa kepala ditemukan
- Sinar Harian Mayat bayi tanpa kepala: Polis tahan seorang wanita (this story)
- Free Malaysia Today Mayat bayi tanpa kepala, wanita direman 4 hari








