HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan reman empat hari sehingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi tanpa kepala di Taman Perumahan Padang Setengge, di sini, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman terhadap wanita itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang d sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, wanita itu ditahan pada pukul 3.30 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Ia berkaitan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang atau menyembunyikan mayat secara sulit sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan.