Kuala Lumpur: Kemenangan 3-1 Selangor FC (SFC) ke atas Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bukan sekadar mengutip tiga mata Liga Super, sebaliknya melengkapkan satu 'kitaran sejarah' penuh bermakna buat kelab berkenaan.
Secara kebetulan, perlawanan sulung skuad Gergasi Merah dalam sejarah penganjuran bola sepak negara pada tahun 1921 adalah menentang Penang di Padang Kelab Selangor yang menyaksikan mereka menang 5-1.
Selepas 105 tahun, takdir sekali lagi mempertemukan kedua-dua pasukan untuk aksi ke-2,000 Selangor yang diiringi kemenangan yang melonjakkan mereka ke tangga kedua carta liga.
Pengendali SFC, Kim Pan Gon tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah paling bernilai buat seluruh penyokong tegar Selangor.









