Johor Bahru: Bagi ejen perunding hartanah, keadaan 'rumah busuk,' rumah tinggal atau terbiar merupakan cabaran besar kerana bukan mudah meyakinkan bakal pembeli untuk membeli rumah sebegitu terutama jika kediaman terbabit dikaitkan dengan kisah mistik atau dikenali sebagai lokasi kematian tragis.

Meskipun begitu, wujud segelintir ejen yang memandang 'rumah busuk' sebagai lubuk emas kerana menjadi punca rezeki mereka, malah ada yang sanggup membeli dan mendiami kediaman itu selepas diubah suai.

Bagi Muhamad Shahid Noordin, 33, yang bekerja sepenuh masa sebagai perunding hartanah sejak hampir enam tahun lalu, rumah seperti itu lubuk emas buat ejen.

"Mereka yang tak faham mungkin akan kata saya gila kerana nak jual rumah dalam keadaan sebegitu.