TUMPAT – “Allahyarham kerap melakukan kerja lebih masa. Beliau seorang pegawai yang sangat bagus, rajin dan komited dengan kerja.”
Demikian kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Mohd. Nasaruddin M. Nasir mengenai keperibadian Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang maut dibunuh di rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Beliau berkata, Norhazwani yang bertugas di KLIA menyertai AKPS pada 1 Julai lalu selepas bertukar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang berkhidmat.
“Setakat ini, AKPS juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai masalah yang mungkin dihadapi Allahyarham sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Norhazwani di Kampung









