PETALING JAYA – Dua kanak-kanak lelaki didakwa memasuki kawasan rumah penduduk dan dipercayai mahu mencuri barangan, dalam kejadian di Kampung Delek, Sungai Udang, Klang.
Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) pada kelmarin, pukul 2.46 pagi dan video itu dikongsikan oleh pemilik rumah tersebut pada akaun Thread.
Pada hantaran itu, dia mendakwa, sebelum ini kanak-kanak tersebut dikatakan pernah memasuki belakang rumahnya serta dipercayai mengambil barangan.
“Warga Klang terutama Kampung Delek, Sungai Udang dan sejirannya. Siapa ada info anak siapa? Dah berapa kali dah kes barang kat belakang rumah orang Taman Udang Kuning ni. Bagi aku heret bawa pergi balai budak-budak kecil ni,” katanya pada hantaran tersebut.









