DENPASAR – Barisan panjang kenderaan berterusan di stesen minyak seluruh Pulau Bali semalam apabila sistem nombor plat ganjil-genap dan had pembelian bahan api gagal menyelesaikan masalah kekurangan bahan api yang mengganggu aktiviti penduduk selama kira-kira seminggu, lapor laman berita Jakarta Globe.

Motosikal dan kereta berbaris panjang di beberapa stesen minyak di Denpasar semalam, dengan sesetengah premis dilaporkan kehabisan bahan api menjelang tengah hari.

Sekatan yang mula berkuat kuasa semalam dan dijadualkan berterusan sehingga esok itu Isnin turut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya, dengan sesetengah mereka tidak menyedari peraturan baharu itu.

Di bawah sistem tersebut, kenderaan dengan nombor plat ganjil bol