KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu berhubung penjualan nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud berjumlah RM153,000, Mei lalu.
Tertuduh, Ee Tuck Lian, 38, dan Wong Yoon Yee, 37, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdayakan seorang kontraktor, Andrew Lim Jian Wei, 32, untuk mempercayai bahawa terdapat tawaran nombor pendaftaran kenderaan ‘DFQ1’.
Perbuatan itu telah mendorong mangsa memindahkan wang berjumlah RM153,000 menerusi tiga transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza di sebuah bank di Jalan Telawi 3, di sini, di antara 26 Mei dan 17 Jun lalu.









