PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera di bahagian siku dan lutut selepas terlibat dalam kejadian perselisihan faham dengan seorang lagi pemandu di jalan raya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki warga tempatan kira-kira pukul 6.22 petang.
“Siasatan awal mendapati telah berlaku perselisihan faham antara pemandu kereta dan van semasa berada di jalan raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, pemandu van berusia lingkungan 20-an itu memberhentikan kenderaannya sebelum meminta pemandu kereta keluar.










