KUALA LUMPUR – Lebih 800 penunggang motosikal yang menjadikan Jalan Ampang, di sini sebagai lokasi berkumpul akhirnya ‘masuk pukat’ dalam operasi samseng jalanan, awal pagi tadi.

Operasi bermula pukul 3 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kuala Lumpur (JSPTKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan.

Timbalan Ketua JSPTKL Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi itu dilaksanakan susulan aduan yang diterima daripada pihak hotel, penduduk serta pengusaha restoran yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, sebanyak 300 saman telah dikeluarkan, manakala sejumlah 60 motosikal disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.