PETALING JAYA: Jalan Ampang Hilir mencatat bacaan paling tinggi, 308, pada indeks kualiti udara IQAir di Kuala Lumpur.
Berdasarkan data masa nyata IQAir, bacaan di Jalan Ampang Hilir itu merupakan yang tertinggi berbanding sembilan lagi stesen pemantauan di ibu negara setakat 2 petang tadi
Jalan Pinggir menduduki tempat kedua dengan bacaan 259, diikuti Bangsar (242), Herculife Bukit Damansara (229), Jalan Kiara 4 (227) dan 39-17, Jalan Setia Bakti (226).
Turut merekodkan bacaan tinggi ialah IQAIR MALAYSIA-EZIS dengan 226, IGB International School (210), Cheras (175) dan Batu Muda (167).
Bacaan AQI⁺ US antara 301 hingga 500 dikategorikan sebagai berbahaya, manakala 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.










