TUMPAT – Suasana pilu menyelubungi kawasan rumah keluarga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan apabila dua anak perempuan dan ahli keluarga Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, menangis sebaik sahaja jenazah tiba di rumah di Kampung Banjir, Pengkalan Kubor, di sini awal pagi tadi.
Dua anak mangsa, Nordianisa Sofia Mohd. Khairuddin, 6, dan adiknya, Noralisa Amara, 5, menangis dalam keadaan meronta-ronta tidak mahu keluar dari bilik walaupun dipujuk oleh ibu saudara, Marliza Ibrahim, 48 tahun yang juga penjaga mereka sejak kecil.
Nordianisa Sofia (kiri) dan Noralisa Amara ketika menyambut Allahyarham Norhazwani tiba di rumah di Kampung Banjir, Pengkalan Kubor dekat Tumpat, awal pagi ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN Abang kepada arwah Norhazwani, Mohd. Hazwan, 38, berkata, dia mewakili keluarga mengucap terima kasih kepada semua pihak yang mengurus jenazah adiknya untuk dibawa pulang.








