KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengehadkan hubungan persahabatan dengan mana-mana parti politik meskipun keputusan mengenai rakan strategik bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka belum dimuktamadkan.Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keputusan berhubung kerjasama politik akan dibuat selepas rundingan dengan parti-parti yang bakal menjadi rakan strategik."Kita juga boleh berkawan dengan sesiapa saja. Tidak semestinya apabila kita membentuk sebuah rangkaian persahabatan, kita menjadi sebuah kumpulan 'rindu bayangan', tak perlu."Kenyataannya akan tiba apabila Majlis Kerja Tertinggi akan membuat keputusan daripada rundingan-rundingan dengan parti-parti yang akan menjadi rakan strategi kita."Jadi, kita boleh berkawan dengan siapa sahaja sebab kita kena selalu ingat dalam politik, 'your enemy is not my enemy, my enemy is not your enemy, so it must be very good to everyone," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Ahad.Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan BN bergerak solo atau menjalin kerjasama politik dengan parti lain pada PRN Melaka.Menurut Ab Rauf, hubungan persahabatan dengan mana-mana parti tidak seharusnya menjadi penghalang kerana politik mempunyai pelbagai kemungkinan."Siapa juga yang kita nak berkawan, apa yang menghalang kita untuk berkawan dengan semua orang?"Saya juga baik dengan Perdana Menteri tanpa persangka dan baik dengan semua rakan daripada Pas sebagai rakan saya," katanya.Tambah beliau, pihaknya terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi membincangkan hala tuju politik masing-masing.Sementara itu, mengulas penerimaan akar umbi UMNO Melaka terhadap kemungkinan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) atau Pas, Ab Rauf berkata, semua parti perlu membuat kajian sendiri bagi menilai kecenderungan rakyat.Menurutnya, keputusan mengenai kerjasama politik perlu mengambil kira penerimaan rakyat kerana penolakan terhadap gabungan yang dipilih boleh menjejaskan kedudukan parti dalam kerajaan."Kalau tanya saya apa keputusan yang akan dibuat, itu satu soalan yang subjektif. Pastinya semua parti politik boleh membuat kajian sendiri ke mana rakyat nak."Kalau kita kata kita nak berkawan dengan kumpulan A tetapi rakyat tolak, kita pun akan hilang jawatan dan kuasa," katanya.Beliau berkata, hasil kajian itu akan menjadi antara pertimbangan dalam menentukan keputusan politik yang memberi kelebihan kepada parti."Jadi, kita akan melihat dalam kajian dan keputusan yang kita akan buat ini, yang mana lebih menampakkan penerimaan daripada rakyat untuk kepentingan politik kita. Saya fikir itu satu jawapan yang lebih baik," katanya.
Bersahabat tak semestinya kena 'rindu bayangan'

Key takeaways
BN tidak perlu terbatas dalam hubungan persahabatan dengan parti politik semasa menentukan rakan strategik untuk PRN Melaka.
- BN boleh berkawan dengan mana-mana parti tanpa batasan.
- Keputusan kerjasama politik akan dibuat selepas rundingan dengan parti yang relevan.
- Politik mempunyai pelbagai kemungkinan dan hubungan persahabatan tidak menjadi penghalang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗





