Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kagum dengan konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang mengangkat dan memperkasa kepelbagaian budaya di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kehadirannya bertujuan menghargai lantunan lagu etnik kreatif dipersembahkan di Konsert Tradisional Gema Bumantara, Ahad lalu.

Beliau berkata, kehadiran beliau bagi memenuhi jemputan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Saya hadir juga walaupun lambat sedikit, tetapi kerana ini, saya ditegur beberapa rakan. Terima kasih kepada yang menegur.