KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menerbitkan kertas strategi dan draf pendedahan berkaitan rangka kerja kontrak Syariah tahun ini.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata rangka kerja itu sedang dikaji semula bagi menggalakkan penggunaan kontrak Syariah yang lebih meluas dan berkesan.
"Pelan Tindakan Sektor Kewangan seterusnya juga akan mencerminkan perubahan hala tuju yang lebih luas ini.
"Kami mahu menyelaraskan sektor kewangan dengan lebih rapat dengan keutamaan sosioekonomi masa depan Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan khas pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2026 di sini, hari ini.









