KUALA LUMPUR: Pertikaian membabitkan pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia dan keluarganya mencapai penyelesaian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerusi penghakiman persetujuan, dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) syarikat ditetapkan pada 31 Oktober ini.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Leong Wai Hong selepas semua pihak memaklumkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan berhubung pertikaian keputusan kewangan dan pengurusan tertentu di LZJ Management menerusi mediasi.
Dalam saman yang difailkan pada 2 Julai lalu, Zii Jia menamakan syarikatnya, LZJ Management, bapanya, Lee Chee Hin, 59, kakaknya, Lee Zii Yii, 30, dan Lee Tao, 25 sebagai responden pertama hingga keempat.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)