KUALA LUMPUR – Pertikaian berkaitan pengurusan kewangan syarikat antara pemain badminton negara, Lee Zii Jia dengan bapa, kakak dan adik lelakinya selesai secara baik apabila Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penghakiman persetujuan pada Selasa.Hakim, Leong Wai Hong merekodkan penghakiman itu selepas semua pihak mencapai persetujuan berhubung permohonan yang difailkan Zii Jia, 28, pada 2 Julai lalu.Dalam kes berkenaan, syarikat LZJ Management milik jaguh perseorangan lelaki negara dalam Sukan Olimpik Paris 2024 itu, bapa, Chee Hin, 59, kakak, Zii Yii, 30 dan adik lelakinya Tao, 25 dinamakan sebagai responden-responden.Terma penyelesaian yang direkodkan ialah LZJ Management mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 31 Oktober dan syarikat menanggung kos mesyuarat tersebut.Sementara itu, Chee Hin, Zii Yii dan Tao tidak boleh meluluskan sebarang yuran pengarah, elaun, bonus kecuali gaji bulanan mereka daripada syarikat.Mereka juga dihalang daripada meluluskan resolusi syarikat yang melibatkan pelantikan dan penyingkiran pengarah, struktur pemegang saham dan membuat sebarang keputusan penting yang mempengaruhi kawalan syarikat tanpa kebenaran daripada mahkamah.AKAN MENYUSUL