Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi selepas penyelesaian direkodkan. KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia telah menyelesaikan pertikaian dengan bapa dan kakaknya berhubung kewangan serta pengurusan LZJ Management Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini merekodkan penghakiman persetujuan yang menetapkan syarat dipersetujui semua pihak di hadapan Hakim Leong Wai Hong.
Zii Jia ialah pemohon manakala bapanya, Lee Chee Hin, 59, dan adik lelakinya, Lee Tao, 25, masing-masing dinamakan sebagai responden kedua dan keempat. Kakaknya, Lee Zii Yii, 30, ialah responden ketiga, manakala LZJ Management ialah responden pertama.







