Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, jika tentera dikerahkan, ia sepatutnya ditugaskan untuk banteras 'kartel perekrutan yang mewujudkan perhambaan hutang serta pegawai korup yang membolehkan pemerdagangan buruh berlaku'.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago hari ini mengkritik Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin kerana cuba 'mencari publisiti' apabila menggesa supaya operasi membanteras pendatang tanpa dokumen di seluruh negara dilaksanakan dengan melibatkan tentera.
Santiago berkata, pekerja migran bukan punca masalah pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini, sebaliknya berpunca daripada 'ketamakan, rasuah, pengambilan pekerja secara eksploitatif dan majikan yang tidak bertanggungjawab'.







