SEPANG - Seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah, di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin."Mangsa yang berusia tujuh tahun itu bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi, Selasa."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung kejadian berkenaan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor T Vishno Kumar di talian 011-11021528," katanya.