KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) memperbaharui perakuan pendaftaran kepada 10 agensi pelaporan kredit bagi tempoh setahun sehingga 14 September tahun depan.
MOF dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pembaharuan itu dilaksanakan menerusi Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit dengan perakuan pendaftaran dikeluarkan mengikut Seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710].
"Sepuluh agensi pelaporan kredit yang berdaftar ketika ini ialah CTOS Data Systems Sdn Bhd, Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd dan Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd.
"Turut tersenarai ialah Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia Sdn Bhd, FIS Data Reference Sdn Bhd, Omesti BI Sdn Bhd, CTOS Basis Sdn Bhd, MARC Data Sdn Bhd, Mydata Infomatica Sdn Bhd dan One Future Solutions Sdn Bhd," katanya.









