KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam proses pulih daripada lebam bawah mata dan pipi selepas terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang dipentaskan di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Siti berkongsi perkembangan terbaharu menerusi hantaran Instagram (IG) dengan memaklumkan lebam makin baik, namun, tulang pipi masih terasa bengkak.
"Tinggal hendak hilangkan lebam ini sahaja, sakit tiada kecuali bahagian tulang pipi masih rasa bengkak.
"Alhamdulillah, semuanya adalah tanda kasih sayang Allah SWT kepada saya," tulisnya sambil memuat naik foto memaparkan bahagian wajah yang cedera.









